Microsoft Office (PowerPoint) Dan Advokasi Sesi 2

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (PowerPoint) dan advokasi Sesi 2 di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk mebantu dalam mengajar adik Roselyn Ana membuat perbentangan menggunakan Microsoft Office PowerPoint.Adik Roselyn Ana diminta membuat satu perbentangan bahasa English oleh guru mereka di sekolah. Dengan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet, Adik Roselyn Ana berpeluang melayari internet untuk mencari sumber maklumat berkaitan dengan kerja mereka.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 02:00 petang sehingga 05:00 petangt. Sebelum bermulanya kelas, adik Roselyn Ana terlebih dahulu diberikan penerangan secara ringkas cara menggunakan Microsoft Office PowerPoint dan taklimat advokasi sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali